Jumat, 25 November 2011

muharram

Bulan Muharrom
Terdapat peristiwa-peristiwa penting:
  1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah terjadi :
1)      Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2)      Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3)      Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4)      Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5)      Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6)      Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7)      Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8)      Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9)      Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10)   Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11)   Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12)   Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13)   Hari pertama Allah menciptakan alam.
14)   Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15)   Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16)   Allah menjadikan ‘Arasy.
17)   Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18)   Allah menjadikan alam.
19)   Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20)   Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1) Berpuasa akhir dan awal tahun
Mengenai keutamaan puasa akhir dan awal tahun, Al-Hafidz Ibnu Hajar telah meriwayatkan dari Sayyidah Hafisah RA. Dari Nabi SAW beliau bersabda :
من صام أخـر يوم من ذي الحجة وأول من المحرم جعـله الله تعالى له كفارة خمسين سنة وصوم يوم من المحرم بصوم ثلاثين يوما
“ Barangsiapa berpuasa di hari terakhir Dzulhijjah dan awal bulan Muharram, maka Allah Ta’ala menjadikannya sebagai pelebur dosa 50 tahun. Dan puasa sehari di bulan Muharram setara dengan puasa 30 hari di selainnya.”
2) Membaca Do’a Awal dan Akhir Tahun
Hal ini biasa dilakukan oleh para Salafunas Sholih dan juga Orang tua kita dahulu, tiada lain adalah agar kita bisa mengakhiri tahun dengan Husnul Khotimah yakni menutup tahun dengan ibadah berupa Zikir dan Do’a kepada Allah. Selain itu juga kita membuka awal tahun dengan Doa supaya Allah memberi rahmat dan keberkahan sepanjang tahun kepada kita.
3) Berpuasa di hari Kamis, Jum’at dan Sabtu
Berkata Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya ‘Ulumuddin, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
من صام ثلاثة ايام من شهر الحرام : الخميس والجمعة والسبت كتب الله تعالى عبادة سبعمائة عام
“ Barangsiapa berpuasa 3 hari di bulan-bulan haram yakni hari Kamis, Jum’at dan Sabtu berturut-turut, maka Allah Ta’ala akan menulis baginya Ibadah 700 tahun.”
4) Membaca Ayat Kursi dan Do’a
Berkata Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, telah menyebutkan sebagian Ulama: Sesungguhnya di hari pertama bulan Muharram hendaknya membaca Ayat kursi sebanyak 360x beserta Basmalah tiap sekalinya dan juga membaca Do’a, maka dia akan terjaga dari hal-hal yang tidak disenangi selama satu tahun. Maka setelah membaca seluruhnya hendaklah membaca Do’a berikut :
اَلّلهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّّلْ حَالِيْ إِلىَ اَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقَوْلِكَ يَاعَزِيْزُ يَامُتَعاَلُ, وصلى الله تعالى على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
5) Menulis Basmallah 113x di awal Muharram
Dengan mengerjakan hal tersebut maka hal-hal yang dibenci tidak akan mengenainya maupun keluarganya. Dan siapa yang menulis lafadz الرحمن 50x dan membawanya, jika bertemu dengan hakim atau penguasa yang dzolim maka ia akan aman dari kejelekannya (dari kitab “Do’a dan Amaliah sepanjang tahun oleh Ust Ali Muhtar)

 
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
dari berbagai sumber

muqaddimah

Assalamu'alaikum..Wr.Wb.

AlhamdulilLLAh..wa Sholatu wassalamu 'ala rosuliLLAH..
saya membuat blog ini bertujuan agar segala permasalahan agama bisa dijawab sesuai dengan kaidah-kaidah hukum Syari'at Agama Islam, yang berfahamkan Ahlussunnah wal jama'ah..
semoga bermanfaat...
wassalam.